ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR



Seksyen 56. Membuktikan dokumen.

(1) Di mana seseorang yang melaksanakan dokumen menafikan tulisan atau tanggungan sesuatu dokumen, maka tulisan dan penyempurnaan dokumen tersebut hendaklah diakusaksi oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi kepada dokumen itu.

(2) Di mana dua saksi kepada dokumen itu tidak boleh didapati, tulisan dan penyempurnaan dokumen itu hendaklah diakusaksi oleh dua orang saksi yang mengenali tulisan dan tandatangan orang yang menulis dan menyempurnakan dokumen itu.

(3) Di mana saksi kepada dokumen itu atau orang yang disebut di dalam subseksyen (2) mengakusaksi tulisan dan tandatangan itu, orang yang menyempurnakan dokumen tersebut hendaklah terikat dengan tanggungan yang diwujudkan.

(4) Di mana saksi-saksi kepada dokumen itu atau orang yang disebut di dalam subseksyen (2) tidak mengakusaksikan tulisan dan tandatangan dokumen itu sepenuhnya, maka tulisan dan tandatangan dokumen itu hendaklah diperakui sah seboleh-bolehnya oleh dua orang pakar.

(5) Di mana pakar mengakusaksikan tulisan dan tandatangan dokumen itu, maka orang yang menyempurnakan dokumen itu hendaklah terikat dengan tanggungan yang diwujudkan.

(6) Di mana dokumen tidak boleh dibuktikan dengan cara yang tersebut di atas, orang yang menafikan tulisan itu dan penyempurnaan dokumen itu hendaklah apabila diminta oleh plaintif, mengangkat sumpah, dan jika dia tidak mahu bersumpah, sumpah itu dikembalikan kepada plaintif dan selepas sumpah itu dibuat sabitlah tuntutannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.