ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 24. Kesiksaan serta merta bagi keterangan palsu.

(1) Jika seseorang yang sedang memberi keterangan atas apa-apa perkara di dalam Mahkamah dalam mana-mana perbicaraan kehakiman sama ada jenayah atau sivil maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Mahkamah meminta saksi itu menunjukkan sebab-sebab pada masa itu juga atau pada suatu tarikh terkemudian mengapa ianya tidak sepatutnya disiksa dengan serta merta kerana memberi keterangan palsu dan sekiranya saksi-saksi itu gagal menunjukkan sebab-sebab sedemikian, Mahkamah bolehlah dengan serta merta menjatuhkan hukuman ke atas saksi itu seolah-olah ia telah melakukan penghinaan terhadap Mahkamah, dengan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang yang dihukum di bawah peruntukan-peruntukan seksyen ini hendaklah mempunyai hak merayu yang sama seolah-olah ia dijatuhkan hukuman selepas suatu pembicaraan yang dijalankan mengikut peruntukan-peruntukan yang berkuatkuasa pada masa ini, dan tertakluk kepada peruntukan seksyen-kecil (3) dalam seksyen ini dan dengan apa-apa perubahan lain yang perlu, peruntukan undang-undang itu hendaklah dipakai berkaitan dengan mana-mana rayuan itu.

(3) Seseorang yang dihukum di bawah seksyen-kecil (1) dalam seksyen ini oleh Mahkamah, hendaklah selepas sahaja hukuman itu dijatuhkan, diberitahu tentang haknya merayu terhadap hukuman itu.

(4) Apabila notis rayuan dibuat oleh seseorang yang dijatuhkan hukuman dibawah seksyen ini, Mahkamah yang telah memerintahkan hukuman itu hendaklah menggantungkan pelaksanaan hukuman itu, dan membebaskan orang yang dijatuhkan hukuman itu dengan menyempurnakan suatu bon diri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.