ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan Tentang Dokumen



Seksyen 68. Anggapan tentang salinan diperakui bagi rekod kehakiman negara asing.

Mahkamah boleh menganggap bahawa sesuatu dokumen yang berupa sebagai salinan diperakui bagi sesuatu rekod kehakiman mana-mana negara asing adalah tulen dan tepat jika dokumen itu berupa sebagai diperakui dengan apa-apa cara yang diperakui oleh wakil Yang di-Pertuan Agong di dalam atau bagi negara itu sebagai cara yang biasanya dipakai di dalam negara itu bagi memperakui salinan rekod kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.