ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999

BAHAGIAN VII - JAWATANKUASA PENGURUSAN WAKAF



Seksyen 23. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf.

(1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf dan jika Pengerusi tidak hadir, anggota-anggota yang hadir boleh memilih seorang dari kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(2) Anggota-anggota Jawatankuasa Pengurusan Wakaf hendaklah berusaha untuk mencapai segala keputusan mesyuarat secara konsensus yang jika gagal, keputusan oleh majoriti dua pertiga anggota yang hadir adalah dikehendaki.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.