ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN IV - PELANTIKAN MUFTI DAN PENUBUHAN LEMBAGA FATWA.
Lembaga Fatwa



Seksyen 36. Penubuhan Lembaga Fatwa.

(1) Maka hendaklah ditubuhkan, bagi maksud Ordinan ini, suatu Lembaga Fatwa yang terdiri daripada Mufti dan tidak kurang daripada empat tetapi tidak lebih daripada lapan orang anggota lain yang hendaklah membantu dan menasihati Majlis atas semua perkara yang berhubungan dengan Undang-Undang Islam.

(2) Anggota-anggota Lembaga Fatwa, selain Mufti, hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri, atas syor Majlis, bagi apa-apa jua tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

(3) Mufti hendaklah menjadi Pengerusi Lembaga Fatwa dan semasa dia tidak menghadiri mana-mana mesyuarat, anggota-anggota yang hadir boleh memilih seorang anggota dari kalangan mereka untuk bertindak selaku Pengerusi mesyuarat itu.

(4) Kehadiran Pengerusi dan tiga orang anggota lain Lembaga Fatwa sudah cukup menjadi satu kuorum.

(5) Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain, Lembaga Fatwa hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawalselia tatacaranya sendiri.

(6) Bagi maksud subseksyen (4), "Pengerusi" hendaklah termasuk seseorang yang dipilih untuk bertindak selaku Pengerusi mengikut subseksyen (3).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.