ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - JAMINAN



Seksyen 186. Penjamin boleh memohon supaya dilepaskan jaminan.

(1) Mana-mana penjamin untuk kehadiran seseorang yang telah dilepaskan atas jaminan boleh pada bila-bila masa membuat permohonan kepada Hakim supaya membatalkan bon itu keseluruhannya atau setakat yang melibatkan orang yang membuat permohonan itu.

(2) Apabila permohonan itu dibuat, Hakim hendaklah mengeluarkan waran tangkap mengarahkan supaya orang yang dilepaskan itu dibawa ke hadapannya.

(3) Apabila orang itu dibawa mengikut waran itu atau ia menyerah diri, Hakim hendaklah mengarahkan supaya bon itu dibatalkan sama ada keseluruhannya atau setakat yang melibatkan orang yang membuat permohonan itu, dan meminta orang itu supaya mencari penjamin lain yang mencukupi dan jika ia gagal berbuat demikian mengarahkan supaya ia ditahan dalam penjara.

(4) Seseorang penjamin boleh pada bila-bila masa menangkap orang yang ia menjaminkan kehadirannya dan dengan serta merta membawanya ke hadapan seorang Hakim, dan Hakim itu hendaklah membatalkan bon penjamin itu dan meminta orang itu mencari penjamin lain yang mencukupi dan jika orang itu gagal berbuat demikian, boleh mengarahkan supaya ia ditahan dalam penjara.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.