ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN II
PENUBUHAN MAJLIS



Seksyen 5. Keanggotaan.

(1) Majlis hendaklah terdiri daripada:

dan pegawai-pegawai ini ialah ahli-ahli bagi Majlis itu dengan sebab jawatannya;
(2) Kesemua ahli-ahli itu hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(3) Pengerusi bagi Majlis itu hendaklah pada masa itu memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa yang bertanggungjawab dengan Halehwal Igama Islam Negeri Johor.

(4) Timbalan Pengerusi bagi Majlis itu hendaklah pada masa itu memegang jawatan Yang Dipertua Jabatan Igama, Johor yang juga akan menjadi Ketua Pegawai Kerja kepada Majlis.

(5) Setiausaha kepada Majlis itu hendaklah pada masa itu memegang jawatan Setiausaha Jabatan Igama Johor.

(6) Hanya orang-orang Islam yang bermazhab Shafie sahaja boleh menjadi ahli-ahli Majlis itu.

(7) Tempoh perlantikan bagi ahli-ahli yang tersebut dalam perenggan (vii) dan (viii) seksyen-kecil (1) ialah dua tahun tetapi ahli-ahli ini adalah layak untuk dilantik semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.