ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA MENGEMUKAKAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN HARTA ALIH DAN UNTUK MELEPASKAN ORANG TERSALAH TAHAN
WARAN GELEDAH



Seksyen 48. Orang yang menjaga tempat tertutup untuk membenarkan penggeledahan.


(1) Apabila mana-mana tempat yang boleh digeledah atau diperiksa di bawah Bab ini tertutup, mana-mana orang yang mendiami di dalamnya atau menjaga tempat itu hendaklah atas permintaan oleh pegawai atau lain-lain orang yang melaksanakan waran dan apabila waran itu dikemukakan membenarkan kepadanya kebebasan memasuki tempat dan memberikan segala kemudahan yang munasabah untuk menggeledah tempat itu.

(2) Jika kemasukan ke tempat itu tidak boleh diperolehi pegawai atau orang lain yang melaksanakan waran itu dengan cara yang diperuntukkan oleh seksyen 12 (2).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.