ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB X - DARIHAL PEMBICARAAN



Seksyen 99. Kuasa melepaskan daripada tuduhan dengan bersyarat atau tanpa syarat.

(1) Walau apa pun yang terkandung dalam seksyen terdahulu daripada seksyen ini, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa-kuasa yang terkandung dalam seksyen ini.

(2) Apabila seseorang dituduh di hadapan Mahkamah dengan kesalahan yang boleh dihukum oleh Mahkamah itu, dan Mahkamah dapati bahawa tuduhan itu adalah terbukti, tetapi berpendapat bahawa dengan melihat kepada watak, latar belakangnya, umur, kesihatan atau keadaan akal orang yang dituduh itu, atau kepada keadaan kecilnya kesalahan yang dilakukan itu, atau kepada keadaan-keadaan yang meringankan di bawah mana-mana kesalahan itu dilakukan, adalah tidak sesuai dikenakan sebarang hukuan atau hukuman selain dari hukuman ringan atau adalah wajar melepaskan pesalah itu dengan bersyarat, Mahkamah bolehlah, tanpa mencatatkan rekod sabit kesalahan, mengeluarkan perintah sama ada-
(3) Mahkamah bolehlah, sebagai tambahan kepada perintah itu, memerintahkan pesalah itu membayar pampasan atas kecederaan atau kerugian (tidak melebihi lima puluh ringgit) atau membayar perbelanjaan berkenaan pembicaraan itu sebagaimana difikirkan patut atau membayar kedua-dua imbuhan dan perbelanjaan tersebut.

(4) Jika Mahkamah berpuashati dengan maklumat yang diberi dengan bersumpah bahawa pesalah itu tidak mengikuti sebarang syarat bon itu, maka bolehlah dikeluarkan waran untuk menangkap pesalah itu.

(5) Mana-mana pesalah yang ditangkap dengan waran tersebut itu, jika tidak dibawa segera ke hadapan Mahkamah yang berkuasa untuk menghukum pesalah itu, hendaklah dibawa ke hadapan Kadi yang mana boleh-
(6) Apabila pesalah itu ditahan dengan jalan tersebut, dia bolehlah dipenjara dan waran tahanan hendaklah mengarahkan supaya dia dibawa ke Mahkamah di mana dia dikehendaki hadir untuk menerima hukuman atau untuk menjawab soalan-soalan berkenaan dengan kelakuannya semenjak dia dilepaskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.