ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VII
BAB XXVII
Perkara Am



Seksyen 211. Seseorang yang terpaksa di sisi undang-undang mengemukakan dokumen kepada pengkhidmat awam meninggalkan daripada berbuat demikian.

Barang siapa yang terpaksa di sisi undang-undang supaya mengemukakan atau menyerahkan sesuatu dokumen kepada seseorang pengkhidmat awam, sebagai yang demikian, dengan sengaja meninggalkan daripada mengemukakan atau menyerahkannya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan, atau denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya atau, jika dokumen dikehendaki supaya dikemukakan atau diserahkan kepada Mahkamah, hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit, atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.