ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Qarinah



Seksyen 10. Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh seseorang yang berpakat jahat berkenaan dengan rancangan bersama.

Jika ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berpakat jahat hendak melakukan sesuatu kesalahan atau suatu perbuatan salah yang boleh diambil tindakan, maka apa-apa jua yang dikatakan dilakukan atau ditulis oleh seseorang daripada mereka berkenaan dengan niat bersama mereka selepas masa bila niat itu mula-mula timbul daripada seseorang daripada mereka, adalah fakta qarinah terhadap tiap-tiap seorang yang dipercayai berpakat demikian, serta juga bagi maksud membuktikan wujudnya pakatan jahat itu dan juga bagi maksud menunjukkan bahawa mana-mana orang itu telah menjadi satu pihak dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.