ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXXIII - RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 246. Permohonan menuntut atau membela sebagai orang papa.

(1) Mana-mana orang, yang ingin memulakan atau membela mana-mana tindakan atau prosiding lain atas haknya sendiri, dan tidak upaya membayar fee Mahkamah mengenainya, boleh memohon kepada Mahkamah, untuk mendapat kebenaran mendakwa atau membela sebagai seorang papa.

(2) Permohonan itu hendaklah melalui afidavit dalam Borang 37 dan Borang 28 mengikut mana yang berkenaan dan pemohon hendaklah menyatakan di dalamnya-

(3) Afidavit itu hendaklah disediakan oleh pemohon atau oleh seorang pegawai Mahkamah dan hendaklah diperakukan dengan sumpah oleh pemohon itu di hadapan Qadhi atau Pendaftar.

(4) Apabila Mahkamah telah berpuas hati-

Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah membenarkan pemohon itu (selepas ini dipanggil "orang papa") menuntut atau membela mengikut mana yang berkenaan sebagai seorang papa. Setelah perintah tersebut dibuat saman atau lain-lain proses-proses lain dalam tindakan itu atau prosiding lain dan catatan yang relevan dalam buku daftar hendaklah ditanda "orang papa".

(5) Jika Mahkamah tidak berpuas hati ia hendaklah menolak permohonan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.