ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 170. Mempermain-mainkan Ayat.

Barangsiapa mempermainkan atau meniru atau mengejek-ejek dengan perkataan atau perbuatan mencela atau menghina akan ayat-ayat Quran atau Hadith atau sebarang perkataan yang dipandang suci oleh orang-orang Islam adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.