ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004

BAHAGIAN V - PENERIMAAN DAN PENOLAKAN WASIAT



Seksyen 20. Penolakan wasiat sebelum atau selepas pewasiat mati.

(1) Tiada wasiat menjadi tidak sah jika penolakannya dibuat oleh benefisiari sebelum pewasiat mati.

(2) Jika seseorang benefisiari menolak wasiat keseluruhannya atau sebahagiannya selepas kematian pewasiat dan pada ketika itu benefisiari itu belum lagi menerimanya, penolakan itu sah setakat dan berkenaan dengan bahagian yang ditolak itu.

(3) Jika seseorang benefisiari telah menerima wasiat selepas kematian pewasiat, tetapi selepas itu dia menolak keseluruhan atau sebahagian wasiat itu, maka penolakan itu tidak sah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.