ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 21. Peraturan mesyuarat dan pengundian.

(1) Pengerusi hendaklah menentukan aturan urusan pada mesyuarat-mesyuarat.

(2) Pengerusi boleh memutuskan aturan ahli-ahli boleh berucap dalam mesyuarat dan boleh pada bila-bila masa menghendaki mana-mana ahli berhenti dari berucap di dalam mesyuarat.

(3) Pengerusi mesyuarat adalah layak mengundi dan jika dalam satu ketetapan terdapat persamaan undi Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus:

Dengan syarat semua perkara yang menyentuh Hukum Syara' hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Syariah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.