ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 138. Penggantungan pelaksanaan sementara menuggu rayuan.

Kecuali dalam kes hukuman sebat (yang pelaksanaannya hendaklah ditangguhkan sementara menunggu rayuan), tiada rayuan boleh berkuatkuasa sebagai penggantungan pelaksanaan tetapi Mahkamah dari mana rayuan itu dibuat atau Mahkamah Tinggi Syariah boleh menggantung pelaksanaan mana-mana penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menunggu rayuan, atas apa-apa terma mengenai jaminan bagi pembayaran apa-apa wang atau penyempurnaan atau ketaksempurnaan apa-apa perbuatan atau perjalanan mana-mana hukuman yang diperintahkan oleh atau dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman itu yang Mahkamah dari mana rayuan itu dibuat atau Mahkamah Tinggi Syariah fikirkan munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.