ORDINAN 6 TAHUN 1991
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

BAHAGIAN II - KESALAHAN



Seksyen 42. Memberi keterangan palsu.

Seseorang yang memberi keterangan bohong atau memalsukan suatu kenyataan sama ada secara lisan atau tulisan yang berhubung dengan Ordinan Mahkamah Syariah, 1991[Ordinan No. 4/91.], Ordinan Majlis Islam ( Perbadanan ) [Bab 105.] , Perintah Undang-Undang Zakat dan Fitrah, 1966 [Swk. L.N. 94/66.], dan mana-mana undang-undang bertulis lain adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.