ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
MESYUARAT MAJLIS



Seksyen 23. Kehadiran bukan ahli Majlis.

(1) Yang Dipertua boleh menjemput mana-mana orang yang bukan ahli Majlis hadir dalam mana-mana mesyuarat Majlis, jika perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat memerlukan kehadiran orang itu.

(2) Sesiapa yang dijemput di bawah subseksyen (1) adalah boleh mengambil bahagian dalam perbincangan Majlis atas perkara khusus baginya tetapi tidak boleh mengundi atau mengambil bahagian dalam membuat apa-apa keputusan.

(3) Setiausaha berhak menghadiri mesyuarat Majlis dan berucap, tetapi tidak boleh mengundi mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan di dalam mana-mana persidangan Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.