ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN V - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 92. Bila seseorang yang dipertuduh atas satu kesalahan boleh disabitkan atas kesalahan lain.

Jika, dalam hal yang disebut dalam seksyen 91, tertuduh dipertuduh atas satu kesalahan dan daripada keterangan didapati bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan lain yang baginya dia mungkin boleh dipertuduh, maka dia boleh disabitkan atas kesalahan yang dibuktikan telah dilakukan olehnya, walaupun dia tidak dipertuduh atas kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.