ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - HADHANAH ATAU PENJAGAAN KANAK-KANAK



Seksyen 84. Cagaran hendaklah diberi.


(1) Jika seseorang dilantik oleh Mahkamah menjadi penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak maka ia hendaklah, melainkan jika Mahkamah memerintahkan sebaliknya, memberi cagaran dengan memerintahkan sebaliknya, memberi cagaran dengan nilai sebanyak mana yang ditetapkan bahawa ia akan melaksanakan kewajipan-kewajipan sebagai penjaga tersebut dengan sewajarnya.

(2) Cagaran itu hendaklah diberi mengikut cara yang ditetapkan pada masa itu bagi penerima-penerima yang dilantik oleh Mahkamah Sivil, dan penjaga yang dilantik sedemikian hendaklah mengemukakan akaun-akaunnya pada tempoh-tempoh yang diperintahkan; dan hendaklah membayar apa-apa baki yang diperakui kena dibayar olehnya ke dalam Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan bagi penerima-penerima.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.