ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979
BAHAGIAN VII - HADHANAH
Seksyen 70. Kelayakan yang perlu untuk mendapat hadhanah.
Seorang perempuan adalah berhak mendapat hadhanah jika ia-
(
a
) seorang Islam;
(
b
) sempurna akal;
(
c
) berumur yang melayakkan ia memberi kepada anak itu penjagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh anak itu;
(
d
) berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan
(
e
) tinggal di tempat di mana anak itu tidak mungkin terdedah kepada apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.