ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN X - ACARA DALAM PEMBICARAAN JENAYAH



Seksyen 190. Maklumat berkenaan kesalahan-kesalahan.


(1) Tiap-tiap maklumat berkenaan berlakunya sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini bolehlah dilaporkan, sama ada dengan lisan atau bertulis kepada Pejabat Pendakwa Ugama.

(2) Jika maklumat itu dilaporkan dengan secara lisan, maka Pegawai di Pejabat Pendakwa Ugama yang ditugaskan menerima semua maklumat di bawah seksyen ini, hendaklah menuliskan maklumat itu dan kemudiannya dibacakan balik kepada orang yang melapor.

(3) Tiap-tiap maklumat yang dilaporkan di bawah seksyen ini hendaklah ditandatangani atau diberi cap jari, oleh orang yang melaporkannya dan jika orang yang melapornya tidak ada maka Pegawai yang menerima laporan itu hendaklah menandatanganinya.

(4) Selepas menerima maklumat itu, Pegawai penerima hendaklah memajukannya dengan serta merta kepada Pendakwa Ugama.

(5) Jika maklumat itu memaklumkan berlakunya kesalahan yang boleh ditangkap tanpa waran mengikut Enakmen ini, maka Pendakwa Ugama hendaklah majukan maklumat itu kepada Merinyu Ugama untuk meneruskan penyiasatannya.

(6) Jika maklumat itu memaklumkan berlakunya kesalahan-kesalahan atau perbuatan-perbuatan selain dari kesalahan-kesalahan yang boleh ditangkap tanpa waran mengikut Enakmen ini, maka Pendakwa Ugama hendaklah menentukan sama ada maklumat itu ada menunjukkan bahawa satu kesalahan di bawah Enakmen ini telah berlaku yang berkehendakkan penyiasatan dijalankan. Jika pada pendapatnya penyiasatan mestilah dijalan, maka ia hendaklah memajukan maklumat itu kepada Merinyu Ugama dengan arahan untuk menyiasat dengan menentukan seksyen di bawah mana kesalahan yang telah ditentukan untuk disiasat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.