ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 89. Pembicaraan terhadap lebih daripada satu kesalahan.

(1) Jika dalam satu siri perbuatan yang berkaitan di antara satu dengan yang lain menimbulkan kesalahan-kesalahan yang lebih daripada satu telah dilakukan oleh orang itu juga, maka dia boleh dituduh dan dibicarakan dalam satu pembicaraan bagi tiap-tiap kesalahan itu.

(2) Jika perbuatan-perbuatan yang dikatakan telah dilakukan itu menjadi satu kesalahan yang termasuk di bawah dua atau lebih tafsiran undang-undang yang berkuatkuasa pada masa itu bagi mentafsirkan atau menghukum kesalahan-kesalahan, maka orang yang dituduh atas kesalahan-kesalahan itu bolehlah dipertuduhkan dan dibicarakan dalam satu pembicaraan bagi tiap-tiap kesalahan itu.

(3) Jika beberapa perbuatan yang mana satu atau lebih dengan sendirinya atau kesemuanya menjadi satu kesalahan dan apabila dicampurkan menjadi kesalahan yang lain, maka orang yang dituduh atas kesalahan itu bolehlah dipertuduhkan dan dibicarakan dalam satu pembicaraan bagi kesalahan yang wujud daripada perbuatan-perbuatan yang dicampurkan itu atau mana-mana juga kesalahan yang wujud daripada salah satu ataupun lebih perbuatan-perbuatan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.