ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 142. Menzalimi isteri, suami atau anak.

(1) Seseorang lelaki yang menzalimi isterinya atau anaknya dengan apa carapun adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Seseorang isteri yang menzalimi suaminya atau anaknya dengan carapun adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.