ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986
BAHAGIAN II - PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN PENUBUHAN MAJLIS
Seksyen 6. Tempoh perlantikan ahli-ahli Majlis.
(1)
Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang yang dilantik menjadi ahli Majlis di bawah seksyen 5 (1)
(c)
hendaklah mengosongkan jawatannya pada penghabisan tempoh dua tahun dari tarikh perlantikannya tetapi layaklah dilantik semula.
(2) Jawatan seseorang ahli Majlis hendaklah menjadi kosong-
(a)
apabila dia meninggal dunia; atau
(b)
jika dia diakui seorang yang tidak mampu membayar hutang atau seorang bankrap atau membuat sesuatu penyelesaian kompaun dengan pemiutang-pemiutangnya; atau
(c)
jika dia diakui bahawa fikirannya tiada siuman; atau
(d)
jika dia dihukum penjara oleh sesebuah mahkamah yang berkelayakan bidangkuasanya selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat ampun; atau
(e)
jika, dengan surat yang ditandatanganinya dan dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui Yang Dipertua, dia meletakkan jawatannya dalam Majlis; atau
(f)
apabila perlantikannya dibatalkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan; atau
(g)
jika sekiranya dia meninggalkan Negeri ini bagi tempoh masa yang lebih daripada tiga bulan yang tidak putus-putus tanpa kebenaran bertulis daripada Yang Dipertua yang diberi bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan.
(3) Bilamana jawatan seorang ahli itu menjadi kosong di bawah subseksyen (2), maka mana-mana orang yang dilantik memenuhi kekosongan itu hendaklah mengosongkan jawatannya pada penghabisan tempoh asal jawatan orang yang dia dilantik menggantikannya.
(4) Majlis boleh terus menjalankan tugasnya walaupun ada kekurangan bilangan ahlinya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.