ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
PERATURAN AM



Seksyen 71. Aturan Setimbal dengan lain-lain Negeri.

(1) Jika Kadi di bawah peruntukan mana-mana Enakmen yang sedang berjalan kuatkuasanya dalam Negeri-negeri yang tersebut dalam Jadual Kedua telah mengeluarkan saman memanggil mana-mana orang supaya hadir di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah dalam Negeri tersebut dan orang itu dipercayai ada dalam Negeri Johor maka Kadi bolehlah mencatitkan dan menandatangani di atas saman itu dan saman itu bolehlah disampaikan kepada orang yang tersebut seolah-olah saman itu dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah peruntukan Enakmen ini.

(2) Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berjalan kuatkuasanya dalam mana-mana Negeri yang tersebut dalam Jadual Kedua, saman telah dikeluarkan oleh Mahkamah dan saman itu telah ditandatangani oleh Kadi Besar atau Kadi dalam Negeri-negeri itu dan saman itu telah disampaikan kepada orang yang tersebut dalam saman itu, maka saman itu hendaklah bagi maksud Enakmen ini disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sahnya seolah-olah saman itu telah disampaikan dalam Negeri-negeri itu.

(3) Raja-dalam-Mesyuarat bolehlah dengan perintah yang disiarkan dalam
Warta Kerajaan, menambah, memotong atau meminda Jadual Kedua itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.