ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
Bab V - KETERANGAN SURATAN
ANGGAPAN-ANGGAPAN TENTANG SURATAN-SURATAN



Seksyen 63. Anggapan tentang suratan-suratan yang dikemukakan sebagai rekod keterangan.

Apabila dikemukakan di hadapan mana-mana Mahkamah sesuatu suratan yang berupa sebagai suatu rekod atau peringatan mengenai keterangan atau mengenai sebahagian yang telah diberi oleh seseorang saksi di dalam sesuatu pembicaraan kehakiman atau di hadapan seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang bagi mengambil keterangan itu atau yang berupa sebagai suatu iqrar oleh seseorang banduan atau seseorang yang dituduh, yang telah diambil mengikut undang-undang dan yang berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang Kadi, Kadi Besar, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau oleh mana-mana pegawai sebagaimana yang tersebut di atas, maka Mahkamah hendaklah menganggap bahawa-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.