ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XVII - RAYUAN



Seksyen 142. Rekod rayuan jika perayu diwakili.

(1) Apabila perayu yang diwakilinya oleh Peguam Syarie telah memenuhi kehendak seksyen 139 dan 141, perayu hendaklah menyediakan bilangan salinan rekod rayuan yang dikehendaki dan rekod itu hendaklah mengandungi salinan-

(2) Dua salinan rekod rayuan itu hendaklah difailkan di Mahkamah yang mendengar rayuan itu dalam masa enam minggu selepas penerimaan pemberitahuan daripada Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang menyatakan bahawa salinan diperakui bagi nota-nota keterangan dan alasan-alasan penghakiman sudah siap.

(3) Perayu hendaklah dalam tempoh yang dihadkan bagi memfailkan rekod itu menyampaikan suatu salinannya kepada setiap pihak yang kepadanya notis rayuan itu telah disampaikan




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.