ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XXIII - PERINTAH SEMENTARA MENGENAI HARTA
Seksyen 175. Jualan harta dalam pertikaian.
Mahkamah boleh membuat perintah penjualan tanpa menyentuh apa-apa keputusan yang akan dibuat kelak atas mana-mana harta dalam pertikaian di dalam mana-mana prosiding yang-
(
a
) mudah rosak atau lusuh; atau
(
b
) melibatkan belanja makanan atau penyenggaraan; atau
(
c
) atas sebab-sebab lain patut dijual, dengan apa-apa cara, mengikut apa-apa had dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.