ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 5 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM BERKENAAN DENGAN PERBICARAAN



Seksyen 109. Penahanan pesalah-pesalah yang hadir di Mahkamah.

(1) Mana-mana orang yang menghadiri Mahkamah, walaupun bukan kerana ditangkap atau disaman, boleh ditahan oleh Mahkamah bagi tujuan pemeriksaan untuk apa-apa kesalahan yang mana Mahkamah itu boleh mengambil tahu dan yang mana, daripada keterangan, dia didapati mungkin telah melakukannya, dan Mahkamah boleh bertindak terhadapnya seolah-olah dia telah ditangkap atau disaman.

(2) Apabila penahanan itu berlaku selepas sesuatu perbicaraan telah dimulakan, prosiding berkenaan dengan orang itu hendaklah dimulakan semula sebagai prosiding baru dan saksi-saksi didengar semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.