ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001
BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN
Seksyen 79. Lamanya tempoh perintah bagi nafkah anak.
Kecuali-
(a)
jika sesuatu perintah nafkah seseorang anak dinyata sebagai selama tempoh yang lebih singkat; atau
(b)
jika sesuatu perintah nafkah seseorang anak telah dibatalkan; atau
(c)
jika sesuatu perintah nafkah seseorang anak dibuat untuk-
(i) seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau yang, oleh sebab sesuatu hilangupaya dari segi mental atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya;
(ii) seseorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu hilangupaya dari segi mental atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya,
perintah nafkah itu hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah bagi membolehkan anak itu mengikuti pendidikan atau latihan lanjut atau lebih tinggi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.