ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 165. Perakuan penghakiman atau perintah hendaklah diberikan kepada Mahkamah perbicaraan.

(1) Bilamana sesuatu kes yang dirayukan diputuskan, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memberikan perakuan tentang penghakiman atau perintahnya kepada Mahkamah perbicaraan.

(2) Mahkamah perbicaraan hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati penghakiman atau perintah Mahkamah Rayuan Syariah dan, jika perlu, rekod hendaklah dipinda mengikutnya.

(3) Apabila mana-mana rayuan ditarik balik atau dihentikan, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memberitahu Mahkamah perbicaraan sewajarnya dan, jika apa-apa penggantungan pelaksanaan telah dibenarkan, hukuman atau perintah Mahkamah perbicaraan hendaklah dikuatkuasakan dengan segera, tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifat sebagai menghadkan atau menyekat kuasa untuk melanjutkan masa yang diberikan kepada Mahkamah Rayuan Syariah oleh seksyen 158.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.