ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 105. Tidak bermuasyarah.

Jika seseorang suami telah tidak lagi bermuasyarah dengan isterinya mengikut cara yang dikehendaki oleh Hukum Syarak dan telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya berbuat demikian dan dia sengaja gagal atau cuai untuk mematuhi perintah itu, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.