ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XVIII - PERBICARAAN



Seksyen 118. Ketidakhadiran pihak-pihak.

(1) Jika sesuatu tindakan dipanggil-

(2) Mahkamah boleh mengikut budibicaranya dalam kes tersebut memerintahkan penangguhan.

(3) Mana-mana penghakiman atau perintah yang diberi atau dibuat semasa suatu pihak tidak hadir boleh, atas permohonannya dan jika sebab yang patut berkenaan ketiadahadirannya diberi, diketepikan dan prosiding itu boleh dibicarakan semula atas terma-terma berkenaan kos atau sebaliknya seperti yang difikirkan patut oleh Mahkamah. Notis permohonan hendaklah diberi kepada pihak lawan.

(4) Jika terdapat lebih dari satu plaintif atau defendan dan seorang sahaja hadir, Mahkamah boleh membicarakan tindakan itu seolah-olah semua pihak hadir.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.