ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIII - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 185. Orang yang hendak dilepaskan.

(1) Sebaik sahaja bon telah disempurnakan, orang itu hendaklah dilepaskan dan jika dia berada dalam penjara, Mahkamah yang membenarkan dia diikat jamin hendaklah mengeluarkan perintah pelepasan kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi penjara yang apabila menerima perintah itu, hendaklah melepaskan orang itu .

(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini atau seksyen 182 boleh disifatkan menghendaki pelepasan mana-mana orang yang kena ditahan bagi sesuatu perkara lain selain daripada perkara yang berkenaan dengannya bon itu disempurnakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.