ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 44. Bukti penyampaian.

(1) Penyampaian surat perintah boleh, kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya, dibuktikan melalui afidavit orang yang melaksanakan penyampaian itu dan di mana penyampaian itu adalah kepada orang itu sendiri dan orang-orang itu tidak dikenalinya, melalui ikrar orang yang mengecamkan orang yang kepadanya surat perintah itu disampaikan.

(2) Orang yang kepadanya surat perintah itu disampaikan hendaklah menandatangani perakuan penyampaian, tetapi keengganan atau ketidakupayaan menandatangani tidak akan menyentuh kesempurnaan penyampaian itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.