ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama



Seksyen 35. Nas yang akan diikuti.

(1) Semasa mengeluarkan fatwa di bawah seksyen 30 atau mengesahkan sebarang pendapat di bawah seksyen 34, Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Shafie.

(2) Jika Mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad dari Mazhab Shafie boleh membawa kepada keadaan berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah mengikuti qaul muktamad dari Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki atau Mazhab Hambali.

(3) Jika Mufti berpendapat bahawa tiada suatu daripada qaul muktamad dari empat Mazhab boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah memutuskan masalah itu mengikut pendapatnya dengan tidak terikat dengan qaul muktamad dari mana-mana Mazhab yang empat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.