ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996
BAHAGIAN VI - PELBAGAI
Seksyen 28. Kaedah-kaedah
Raja atas nasihat Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta
, membuat kaedah-kaedah bagi menjalankan peruntukan Enakmen ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan di atas, kaedah-kaedah itu boleh membuat peruntukan bagi
---
(a)
suratcara Jemaah dengan apa-apa perubahan yang dibenarkan supaya sesuai dengan mana-mana Sekolah Islam yang tertentu;
(b)
kurikulum bagi Sekolah Islam;
(c)
jenis dan standard buku teks untuk digunakan dalam Sekolah Islam;
(d)
pengawalseliaan peperiksaan yang akan diadakan dan sijil yang akan dikeluarkan baginya;
(e)
kelulusan guru untuk Sekolah Islam;
(f)
menetapkan cara bagaimana wang Jemaah akan dibelanjakan dan cara dokumen, cek dan suratcara daripada apa-apa perihalan hendak ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Jemaah;
(g)
kesalahan yang dilakukan di bawah mana-mana kaedah-kaedah itu;
(h)
menetapkan borang bagi maksud Enakmen ini;
(i)
fee; dan
(j)
apa-apa perkara lain yang perlu untuk mentadbirkan dengan sepatutnya Sekolah Islam.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.