ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX - PERTUDUHAN



Seksyen 82. Bila perbicaraan boleh diteruskan serta-merta selepas perubahan atau tambahan.

(1) Jika sesuatu pertuduhan itu telah dipinda atau ditambah mengikut seksyen 81, Mahkamah hendaklah terus memanggil orang yang dituduh untuk membuat pengakuan sama ada dia mengaku salah atau bersedia untuk dibicarakan atas pertuduhan yang dipinda atau ditambah itu.

(2) Jika orang yang dituduh menyatakan dia belum bersedia berbuat demikian, Mahkamah hendaklah menimbangkan dengan teliti sebab yang dia berikan dan jika Mahkamah berpendapat bahawa jika perbicaraan diteruskan dengan serta merta tidak akan memudaratkan orang yang dituduh itu membela dirinya atau pendakwa dalam pendakwaan ke atas kes itu, Mahkamah boleh, atas budibicaranya selepas pertuduhan yang dipinda atau pertuduhan yang ditambah disiapkan, meneruskan perbicaraan itu seolah-olah pertuduhan yang dipinda atau ditambah adalah pertuduhan asal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.