ENAKMEN 11 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1988


Tajuk panjang & mukadimah
BETA SETUJU,




HAJI ABDUL HALIM,
Sultan Negeri Kedah Darulaman
(MOHOR KERAJAAN)
5hb Rabiulawal, 1409.

16hb Oktober, 1988.


Suatu Enakmen untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang-orang yang menganuti agama Islam.

[ ]

BAHAWASANYA PERKARA 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Undang-undang negeri boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam.

DAN BAHAWASANYA adalah sekarang dikehendaki supaya diperbuat suatu undang-undang untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

OLEH YANG DEMIKIAN, menurut PERKARA 11 (4) Perlembagaan Persekutuan MAKA DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI oleh Majlis Undangan Negeri Kedah Darulaman seperti berikut:





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.