ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Perbicaraan Jenayah



Seksyen 108. Waran geledah.

(1) Seseorang Qadi, setelah berpuas hati atas maklumat bertulis yang diberi kepadanya dengan cara ikrar dan selepas apa-apa penyiasatan yang difikirkannya perlu, bahawa ada sebab mempercayai bahawa satu kesalahan di bawah Enakmen ini telah dilakukan atau akan dilakukan di mana-mana tempat atau bangunan, bolehlah dengan waran dalam borang yang ditetapkan memberi kuasa kepada pegawai polis yang berpangkat tidak bawah daripada pangkat Inspektor atau mana-mana pegawai yang di namakan di dalam waran itu, dengan apa-apa bantuan yang pegawai itu fikirkan perlu, pada waktu malam atau siang hari, untuk memasuki dan menggeledah tempat atau bangunan itu serta menangkap mana-mana orang yang didapati melakukan kesalahan itu di dalamnya atau dekat dengan tempat atau bangunan itu.

(2) Barang siapa dalam memberi maklumat bertulis dengan cara ikrar di bawah subseksyen (1) membuat kenyataan yang dia mengetahui atau mempercayai adalah palsu atau tidak percaya adalah benar adalah melakukan satu kesalahan.

(3) Waran geledah di bawah seksyen ini hanya sah dalam masa empat belas hari daripada tarikh ianya dikeluarkan.

(4) Peruntukan-peruntukan seksyen 107 (2), (3), dan (4) hendaklah dipakai dengan ubah suaian yang perlu bagi seseorang yang ditangkap di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.