ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 42. Penubuhan Mahkamah Syariah.

(1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis boleh, dengan pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Pulau Pinang pada tempat yang difikirkannya sesuai.

(2) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis boleh, dengan pemberitahuan dalam
Warta, menubuhkan Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Pulau Pinang.

(3) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis boleh, dengan pemberitahuan dalam
Warta menubuhkan Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri Pulau Pinang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.