ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN III - PERKAHWINAN DAN PENDAFTARAN



Seksyen 23. Salinan catatan.


(1) Pendaftar yang mendaftarkan perkahwinan hendaklah, dengan seberapa segera yang pratktik selepas akhir tiap-tiap satu bulan, menyerahkan kepada Ketua Pendaftar, suatu salinan tiap-tiap catatan yang diperakui benar dan ditandatangani olehnya yang telah dibuat dalam Buku Daftar Nikah.

(2) Semua salinan itu hendaklah disimpan oleh Ketua Pendaftar mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan dan hendaklah menjadi buku daftar nikah Ketua Pendaftar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.