ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 21. Bagaimana orang yang ditangkap hendaklah diperlakukan dan penahanan yang melebihi dua puluh empat jam.

(1) Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang membuat tangkapan tanpa waran di bawah Kanun ini hendaklah tanpa kelengahan yang tak berpatutan dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Kanun ini mengenai jaminan atau pelepasan terdahulu, membawa atau menghantarkan orang yang ditangkap itu ke hadapan seorang Hakim Mahkamah Syariah.

(2) Tiada Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis boleh menahan di dalam jagaan seseorang yang ditangkap tanpa waran selama tempoh yang lebih lama daripada yang munasabah mengikut segala hal keadaan kes itu.

(3) Tempoh itu tidak boleh melebihi dua puluh empat jam, tidak termasuk masa yang perlu bagi perjalanan dari tempat penangkapan ke Mahkamah Syariah.

(4) Apabila orang yang ditangkap dibawa di hadapan Mahkamah, maka Mahkamah hendaklah serta-merta mendengar pertuduhan terhadap orang itu atau menangguhkan kes itu.

(5) Jika pertuduhan terhadap tertuduh itu ditangguhkan, maka orang itu hendaklah, melainkan jika dia dilepaskan atas jaminan, ditahan dalam penjara atau dalam jagaan polis di bawah suatu waran penahanan yang dikeluarkan oleh seorang Hakim dalam Borang 1 seperti yang dinyatakan dalam Jadual.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.