ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 203. Menampal bil-bil atau sebaliknya mencacatkan masjid.

Barang siapa, tanpa kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya, menampal apa-apa iklan, bil, notis, kertas, sepanduk, bendera, poster di atas, atau menulis ke atas, menanda, mencacat, menconteng dengan apa benda sekalipun, atau merosak, mengubah atau memindah, mana-mana masjid, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.