ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
KIRA-KIRA



Seksyen 56. Bank-bank.

(1) Majlis hendaklah melantik bank-bank dan boleh menjalankan kira-kiranya sebagaimana yang difikirkan patut.

(2) Bayaran-bayaran oleh Majlis bagi jumlah-jumlah yang melebihi sepuluh ringgit hendaklah dibuat dengan cek. Semua wang yang diterima oleh atau bagi pihak Majlis hendaklah dimasukkan ke dalam kira-kira bank Majlis dengan jalan yang diterangkan.

(3) Cek-cek yang diambil dari kira-kira bank Majlis hendaklah ditandatangani oleh Yang Dipertua atau oleh seseorang anggota Majlis yang diberi kuasa oleh Yang Dipertua bagi pihaknya dan oleh Setiausaha.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.