ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN IV - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 53. Pendakwa Syarie dan Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Yang di-Pertuan Besar hendaklah atas nasihat Majlis, melantik seorang yang berkelayakan menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan mengikut budibicaranya untuk mendakwa, menjalankan atau tidak meneruskan mana-mana prosiding bagi kesalahan di dalam Mahkamah Syariah.

(3) Majlis boleh melantik orang-orang yang sesuai dan layak dari kalangan anggota Perkhidmatan Pegawai Syariah Negeri Sembilan menjadi Timbalan Pendakwa Syarie yang akan bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang diberikan kepada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis kecuali mana-mana hak atau kuasa yang disebutkan dengan nyata yang mesti dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.

(4) Majlis boleh melantik Pegawai Penguatkuasa Agama dan Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama untuk membantu dalam penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan di bawah Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.