ENAKMEN 4 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003


JADUAL KETIGA

BORANG MS 24

ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003

(Subseksyen 109(1))

AFIDAVIT UNTUK MENDAPATKAN PERINTAH BAGI PENGEMUKAAN SESEORANG YANG DI DALAM PENJARA

(Tajuk Am)

Saya .........................yang beralamat di ........................... bersumpah dan menyatakan seperti yang berikut:

1. Bahawa tindakan di atas ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah ................................. Syariah di..................pada hari ........................ pada ................... haribulan ........................ 20 ............. dan bahawa .................................. sekarang ini seorang banduan yang dikurung di penjara/tempat tahanan di ..................................... akan menjadi saksi material kepada saya pada pendengaran itu (atau ialah suatu pihak dalam tindakan itu).

2. Bahawa saya dinasihati dan sesungguhnya percaya bahawa saya tidak dapat meneruskan pendengaran tindakan ini dengan wajar tanpa keterangan ........................................... yang tersebut (atau keterangan saya).

3. Saya dengan ini memohon suatu perintah di bawah seksyen 30 Akta Penjara 1995 [Akta 537] supaya ..................................................... yang tersebut boleh dibawa ke hadapan Mahkamah.

4. Saya dengan ini mengaku janji akan membayar kos membawa....................... yang tersebut dalam jagaan selamat pergi dan balik dari Mahkamah dan kos saraan bagi dirinya dan pegawai-pegawai yang menjaganya semasa menghadiri Mahkamah.

Diangkat sumpah (seperti dalam Borang MS 26)




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.