ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN-KESALAHAN TERTENTU YANG MENJEJASKAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 177. Keengganan memberi keterangan.

Jika mana-mana saksi di hadapan Mahkamah enggan memberi keterangan atau menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya atau enggan mengemukakan mana-mana dokumen dalam milik atau kuasanya yang Mahkamah telah menghendakinya mengemukakan, dan tidak memberi alasan yang munasabah bagi keengganannya, Mahkamah boleh, atas sebab-sebab yang hendaklah direkodkan secara bertulis, menghukumnya untuk dipenjara untuk suatu tempoh yang tidak melebihi daripada tujuh hari dari tarikh ia dihukumkan, melainkan jika dalam masa itu dia bersetuju untuk memberi keterangan atau untuk diperiksa dan menjawab apa-apa soalan atau untuk mengemukakan dokumen itu. Jika dia terus enggan, dia bolehlah diperlakukan mengikut peruntukan seksyen 173 atau 175 walau apa pun mana-mana hukuman yang mungkin dikenakan ke atasnya di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.