ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Perbicaraan Jenayah



Seksyen 114. Hukuman penjara.

(1) Mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara hendaklah menghantar banduan di bawah jagaan seorang pegawai polis atau seorang daripada pegawai-pegawai Mahkamah ke penjara dan menyerahkannya kepada pegawai yang menjaga penjara bersekali dengan waran untuk memenjarakannya dan dia hendaklah dipenjarakan menurut waran itu.

(2) Jika sekiranya banduan itu telah berada di dalam penjara sementara menantikan perbicaraan, tempoh yang sudah dihabiskan dalam penjara bolehlah, jika diperintah oleh Mahkamah, disifatkan sebagai sebahagian daripada tempoh yang akan dijalani di bawah hukuman itu.

(3) Mahkamah boleh membenar jaminan sementara menantikan apil, akan tetapi jika apil itu tidak dimajukan dengan kerajinan yang sewajarnya, Mahkamah boleh memerintahkan orang itu ditangkap semula dan hukuman itu hendaklah dijalankan.

(4) Hukuman penjara boleh dijatuhkan kerana kemungkiran dari membayar denda, tetapi hukuman penjara yang sebegitu tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh hukuman penjara, jika ada, yang diperuntukkan bagi kesalahan itu, atau empat belas hari, jika kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman denda sahaja.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.